Isnin, 15 Julai 2013

Pengenalan

Hi, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua =)

Selamat datang ke Website Kem Modal Insan Agrotourism Homestay (K.M.I) . Maaf jika website ini hanya mempunyai Bahasa Melayu sahaja. InsyaAllah, jika tiada aral, akan saya usahakan untuk website ini dibuat didalam dwi bahasa. 

  Sebelum itu, biar saya perkenalkan diri saya, saya Landax Suparman (Bukan Nama Sebenar) admin untuk website ini. Untuk makluman, segala design, dan update di website ini adalah dikelolakan oleh saya, untuk pakej dan harga, anda boleh terus menghubungi Pak Man di email rasmi K.M.I  di kmi.homestay@gmail.com atau hubungi beliau di 019-6442380. Ini kerana, saya cuma tahu mengenai pakej yang terdapat di K.M.I sahaja, tetapi tidak mengetahui Harga yang ditetapkan oleh Pak Man. Dengan rundingan terus dengan beliau, Anda boleh mendapatkan harga yang sesuai dengan apa yang anda mahukan . Untuk sewaan Chalet/Bilik, anda boleh melihat kalendar dan menghubungi no telefon Pak Man di 019-6442380 atau Pn Joreah 019-6659570

  Apa-apa pun, saya berserta seluruh warga kem modal insan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di serata dunia. moga bulan yang penuh keberkatan ini dapat kita isi dengan aktiviti-aktiviti kerohanian.Assalamualaikum.

p/s : Untuk melihat post blog sebelum ini, Sila layari http://kmihomestay.blogspot.com/



Yang Benar,
landax